Hussein Tinjau Astaka Musabaqah Quran

August 8, 1979
Berita Harian

PERDANA Menteri Datuk Hussein Onn (baju putih) sedang diberi penerangan mengenai bantuk astaka Musabaqah Membaca Al-Quran tahun ini oleh Pengerusi Jawatankuasa Pusat Musabaqah, Tan Sri Syed Nasir Ismail di Stadium Merdeka malam tadi.

Di belakang Datuk Hussein ialah Cik Puteh Kamaruddin dari ibupejabat JKR Kuala Lumpur yang mencipta reka bentuk astaka itu.

Astaka yang berbentuk kapal angkasa UFO berharga $100,000 itu siap dibina dalam tempoh seminggu saja.

Cik Putih, bagaimanapun, terpaksa menumpukan sepenuh perhatian selama dua minggu untuk mencipta reka bentuk astaka yang dianggap terbaik setakat ini.

Musabaqah Membaca Al-Quran Peringkat Kebangsaan bermula malm esok, manakala Peringkat Antarabangsa pula mulai Ahad ini.

Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong berkenan menyampaikan hadiah kepada para pemenang Peringkat Antarabangsa pada 16 Ogos. - Gambar Berita Harian oleh YUSOF OMAR.