Masjid Ini Rekaan Arkitek Wanita

Bentuk masjid rekaan cik Puteh dilihat dari luar

June 27, 1979
New Straits Times (Malaysia)

MASJID yang rekabentuknya agak luar bisa ini terletak di Jalan Setia Budi, Bukit Damansara, Kuala Lumpur, dan akan mula digunakan pada akhir bulan depan.

Ilham rekabentuk mashjid ini lahir dari seorang wanita yang gigih mempelajari senibina halus.

Wanita itu, Cik Puteh Kamariah dari Jabatan Kerja Raya pernah juga mencipta rekabentuk astaka Muwabaqah Membaca Al-Quran, beberapa tahun lalu.Lampu candeliar yang berharga $30,000

Bentuk masjid ini adalah unik, iaitu bulat, dan boleh menampung 500 orang jemaah bagi satu masa.


Lampu candelier yang berharga lebih dari $30,000 dan diimport dari luar negeri dipasang di ruang tengah masjid itu. 

Mimbar tempat membaca khutbah juga adalah menarik. Masjid baru ini dilengkapkan juga dengan bilik mayat dan rumah bilal.

Kerja-kerja membina masjid ini mengambil masa dua tahun.

 


Gambar Berita Harian oleh Asian Adnan.